Friday, September 16, 2011

#46 - Hisham


"Harapan saya untuk Malaysia adalah, agar negara ini terus maju dan hubungan dalam kalangan kaum di Malaysia ini bertambah erat dan bersatu padu". - Hisham, Sabah.

#45 - Muhd Norikhwan


"Semoga Malaysia terus maju!!". - Norikhwan, Selangor.

#43 - Satomi Osawa


"Semoga Malaysia menjadi negara yang lebih maju dan lebih kehadapan". - Osawa, Kanagawa.

#43 - Hitomi Adachi


"Saya mengharapkan hubungan negara Jepun dan Malaysia akan lebih erat pada masa hadapan". - Adachi, Tokyo.

#42 - Muhd Akmal Haziq Yahya


"Harapan saya agar rakyat Malaysia lebih bersatu padu". - Akmal, Selangor.

#41 - Mohd Qairul Iman Mohd Adzhar


"Harapan saya agar Malaysia mampu bersaing dengan negara lain yang lebih maju". - Qairul, Selangor.

#40 - Amir Alqayyum Sahadi


"Harapan saya ialah Malaysia boleh berjaya dalam semua bidang". - Amir, Selangor.

#39 - Mohd Fikree Mohd Jailani


"Harapan saya supaya negara bertambah moden dan maju". - Fikree, Selangor.

#38 - Komalin a/p Rajendran



"Saya harap negara saya ini akan menjadi yang terbaik selama-lamanya. Saya juga berharap, masyarakat India dan rakan bangsa yang lain, Cina dan Melayu akan terus bersatu padu selama-lamanya". - Komalin, Klang.

#37 - Shavinka Devi Nair a/p Christopher Sithambaram


"Dalam masa 46 tahun akan datang, saya berharap agar negara saya ini akan menjadi satu negara yang paling berjaya di dunia dan saya juga berharap yang orang kita, rakyat kita akan sentiasa mematuhi dan menghormati undang-undang dan peraturan dalam negara ini". -  Shavinka, Klang.

#36 - Muhammad Aliuddin Musthafa


"Semoga Malaysia terus maju, aman dan sejahtera sentosa". -  Muhammad Aliuddin, Kelantan.

#35 - Muhammad Zulhazizi Amirul Parjan


"Semoga Malaysia menjalani transformasi pada tahap yang maksimum agar Malaysia mampu bersaing di persada dunia". -  Muhammad Zulhazizi, Klang.

#34 - Putri Ameera Nazarudin


"Semoga Malaysia terus berjaya dan rakyat kekal hidup dalam suasana sejahtera". - Putri Ameera, Kuala Lumpur.

#33 - Julianna Azman Ong


"Malaysia berjaya dan maju dari segi ekonomi, teknologi yang canggih dan gah perkasa di mata dunia". - Julianna, Pulau Pinang.

#32 - Sofia Izzati


"Malaysia menjadi lebih maju disamping kemudahan teknologi yang canggih dan terkenal dipersada dunia". - Sofia, Klang.

#31 - Jeojie Jonie


"Wawasan 2020 tercapai". - Jeojie, Ranau, Sabah.

#30 - Jayne Low Yoon Thiam


"Saya harap ekonomi Malaysia akan menjadi lebih memberangsangkan, lebih janaan pendapatan. Tak dilupakan juga, keamanan dalam negara dikekalkan selama-lamanya. Semoga 1Malaysia menjadi realiti". - Jayne Low, Kuala Lumpur.

#29 - Mok Chin Phey


"Saya berharap negara Malaysia semakin bersatu padu, taraf kehidupan dinaikkan seta hidup dalam suasana aman dan harmoni". - Mok Chin Phey, Sarawak.

#28 - Muhammad Dehya Abdul Halim


"Saya berharap Malaysia akan menjadi negara yang sentiasa berada dalam keadaan yang aman damai, berlandaskan satu demokrasi yang digubal dan sentiasa mengikut hukum yang ditetapkan dalam agama dan negara". - Muhammad Dehya, Pulau Pinang.

#27 - Nurul Aisyah Kamarozzaman


"Saya berharap negara Malaysia akan menjadi negara yang maju dari segi ekonomi dalam masyarakat yang bersatu padu setanding dengan negara-negara lain". - Nurul Aisyah, Johor.

#27 - Siti Rohaya Mamat


"Malaysia akan sentiasa mengekalkan aset paling berharga iaitu rakyat berbilang bangsa dan bertoleransi". - Siti Rohaya, Kelantan.

#26 - Siti Dewi Marsitah Ismail



"Negara Malaysia akan menjadi antara negara maju di dunia dan menjadi ikon kepada negara-negara lain terutamanya negara-negara jiran". - Siri Dewi Marsitah, Selangor.

#25 - Nurul Aida Hamdan



"Negara Malaysia menjadi negara maju serta  dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara maju yang lain dan juga dapat melahirkan generasi yang berilmu". - Nurul Aida, Sabah.

#23 - Normahzaein Mespomi


"Ingin menjadi generasi yang lebih cemerlang untuk negara Malaysia. Tidak ada lagi penduduk di negara ini yang miskin." - Normahzaein, Negeri Sembilan.

#22 - Mohd Ridzuan Mustafa


"Semoga Malaysia kekal menjadi sebuah negara yang memelihara kemerdekaannya dibawah naungan kedaulatan raja dan ketuanan Melayu". -  Ridzuan, Kuala Lumpur.

#21 - Asmauddin Abdullah


"Kepada generasi tua, muda, kanak-kanak dan seluruh manusia perlu kembali kepada fitrah. Kepada yang beragama Islam jadikan 1) Allah matlamatku. 2) Rasul pemimpinku. 3) Al-Quran perlembagaanku.". - Asmauddin, Kelantan.

#20 - Gainnistornce Charles


"Agar negara kita terus mengekalkan keamanan yang sedia ada". - Gainnistornce, Sarawak.

#19 - Mohd Firdaus Zakaria


"Harapan saya agar Malaysia menjadi sebuah negara yang maju di dalam pelbagai sektor di persada antarabangsa". - Firdaus, Terengganu.

#18 - Ooi Choon Joo


"Menjadi sebuah negara maju dan berdaya saing di persada antarabangsa". - Ooi Choon Joo, Johor Bharu.

#17 - Afiq Haiqal Yaman


"Agar Malaysia lebih maju daripada sekarang". - Afiq, Kajang.

#16 - Mazlan Abdullah


"Harapan saya agar Malaysia terus makmur, maju dari segi ekonomi, perpaduan terus kukuh. Seluruh rakyat dapat bersatu padu tanpa gangguan daripada pihak luar". - Mazlan, Kuala Lumpur.

#15 - Mohd Anuar Mahassan



"Saya harap negara Malaysia terus aman damai". - Anuar, TLDM.

#14 - Gracia Angelina


"Saya mengharapkan agar Malaysia menjadi lebih maju lagi dan dapat bekerjasama dengan Indonesia dalam pelbagai hal. Dan agar pariwisatannya dapat diitingkatkan lagi". - Gracia, Jakarta.

#13 - Syahrul Fahmi


"Saya mengharapkan sebuah negara Malaysia yang maju kehadapan, aman dan makmur. Teknologi yang lebih berdaya saing, dan saya sendiri ingin menjadi anak Malaysia yang berjaya". - Syahrul, Sentul.

#12 - Mohd Amir Faris Abdul Malik



"Harapan saya agar Malaysia menjadi sebuah negara maju dan stabil, sama seperti Amerika Syarikat. Sama-sama penting dalam membuat keputusan dalam pembangunan dunia". - Amir Faris, Kajang.

#11 - Mohd Azaly


"Saya mengharapkan sebuah negara Malaysia yang aman dan makmur dalam semua bidang, dan kemajuan teknologi yang lebih kehadapan". - Azaly, Kuala Lumpur.

#10 - Sazali Rashid


"Saya harap Malaysia maju jaya, aman damai. Perpaduan berterusan sehingga selama-lamanya". - Sazali, Selangor.

#9 - Shariff Hassan


"Saya harap supaya Malaysia lebih makmur, dan rakyat bertambah selesa di masa hadapan". - Shariff, Selangor.

#8 - Ng Yoke Khuan


"Berharap sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) boleh dibina dengan lebih banyak. Terutamanya di Puchong". - Ng Yoke Khuan, Puchong.

#7 - Sharmen Nizal


"Bangga kerana menjadi anak Malaysia. Mengharapkan negara sentiasa berjaya dalam apa jua bidang dengan sistem yang lebih baik". - Sharmen, Cheras.

#6 - Rajinder Singh Kinkand


"Agar semua rakyat Malaysia akan terus maju, pesanan ini saya ucapkan kepada semua lapisan masyarakat". - Rajinder Singh, Perak.

#5 - Lutifiah Tijan Andani Rudi Hartono


"Semoga Malaysia akan aman damai. Saya harap rakyat Malaysia akan terus maju, rakyat bersatu menaikkan taraf sukan Fixie di Malaysia". - Luthiah Tijan, Selayang.

#4 - Rosli Hamidon


"Bangga. Sya bangga dengan Malaysia. Setiap sambutan merdeka sehingga ke 54 tahun hari ini, saya mesti datang. Anak-anak kita yang mewarisi, jangan tinggalkan pusaka nenek moyang. Pertahankan negara" - Rosli, Kuala Lumpur.

#3 - Arifin Bukhari


"Agar Malaysia terus maju jaya. Anak-anak bangsa akan terus maju kehadapan walaupun dalam masyarakat majmuk" - Arifin, Sabah.

#2 - Nadia Khairunnisa Azman


"Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Semoga semangat perpaduan berbilang kaum kekal sehingga akhir ayat. Hidup 1 Malaysia!!" - Nadia, Kajang.

#1 - Muhammad Anas Rosli


"Semoga Malaysia akan terus aman dan makmur. Walaupun rakyat berbilang bangsa, perpaduan akan terus tertanam dalam diri dan kestabilan politik negara akan terus subur" - Anas, Penang.